Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Wakil WHO puji tindakan Malaysia tangani koronavirus

Seorang Pegawai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memuji tindakan pihak berkuasa Malaysia dalam mengurus dan membendung penularan jangkitan novel koronavirus 2019. Menurut wakil WHO ke Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura Dr Lo Ying-Ru kerajaan negara ini cemerlang dalam melakukan siasatan kesnya selain telus berkongsi perkembangan terkini bukan hanya kepada WHO tetapi juga kepada orang ramai.