Wanita mangsa samun nekad lawan penjenayah berparang

Seorang pekerja kedai telefon nekad menyerang seorang lelaki yang cuba menyamun telefon bimbit miliknya di sebuah kedai jualan alat telekomunikasi di Kulim Kedah, pada Sabtu. Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan wanita berusia 29 tahun berkenaan cuba menangkap suspek yang mahu melarikan diri sebaik sahaja menyamun telefon bimbitnya.