Wanita maut dihempap lori bawa batu

Seorang wanita maut selepas kenderaan dinaikinya dihempap lori yang sarat dengan muatan batu. Lori berkenaan turut menghempap lima kenderaan lain. Menurut saksi, kejadian di Jalan Changlun - Kuala Perlis itu berlaku apabila lori berkenaan terbalik ketika cuba memasuki simpang.