announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Wanita maut dikelar: Polis siasat elemen tuntutan insuran

Polis sedang menyiasat semua elemen dalam kes pembunuhan seorang wanita yang ditemui dengan kesan kelar di Puchong minggu lalu, termasuk elemen tuntutan insuran. Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, setakat ini tiada tangkapan baru dilakukan selain bekas suami mangsa berusia 47 tahun yang ditahan di Genting Highlands, pahang beberapa jam selepas kejadian.