Warga emas didakwa dengan lapan pertuduhan cabul budak 12 tahun

Seorang pemandu lori warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas lapan pertuduhan mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun bulan lalu. Tertuduh, V. Subramaniam, 65 tahun membuat pengakuan itu sejurus kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan dihadapan Hakim Junaidah Mohd Isa.