Tutup

Warga emas hilang ingatan tidak pulang selepas mandi di sungai

Seorang lelaki warga emas yang mengalami masalah hilang ingatan, dilaporkan hilang sejak 11 pagi Jumaat selepas keluar dari rumahnya di Kampung Pinang, Belantik, Kedah untuk mandi di sungai berhampiran. Mangsa, Hamid Bakar, 80 tahun dikatakan keluar dari rumahnya pada jam 9 pagi tanpa membawa sebarang dokumen pengenalan diri.