Warga Johor manfaat cuti dengan melawat zoo

Cuti tiga hari sempena sambutan Hari Malaysia dan hujung minggu, dimanfaatkan warga kota dengan berkunjung ke Zoo Johor. Harga tiket yang murah serendah RM2 untuk dewasa dan seringgit untuk kanak-kanak selain lokasi yang dekat dengan bandar menjadikan Zoo Johor ini tumpuan ramai.