Tutup

Warga OKU lebih terbeban dengan musim banjir

Keadaan banjir yang semakin teruk di Johor ternyata mejejaskan kehidupan seharian dan ianya lebih getir bagi mereka yang menghidapi penyakit kronik. Wakil Astro AWANI di Johor Ernalisa Othman, hari ini berkesempatan mendengar rintihan seorang mangsa banjir, yang merupakan orang kelainan upaya (OKU), yang juga menghidapi sakit buah pinggang sejak lapan tahun lalu.