Tutup

Warga Yaman terlibat komplot serang delegasi Arab Saudi

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mendedahkan empat suspek warga negara Yaman yang ditahan pada 26 Februari di Serdang dan Cyberjaya, merancang untuk menyerang keluarga Raja Arab Saudi Raja Salman Abdul Aziz Al-Saud. Khalid berkata, kumpulan itu disyaki menganggotai sebuah kumpulan pemberontak di negara berkenaan merancang berbuat demikian semasa lawatan Raja Salman ke ibu negara baru-baru ini.