Tutup

Waris kepada mayat terapung diminta tampil

Polis meminta penduduk Beluran yang kehilangan keluarga atau pihak ladang yang kehilangan pekerja, supaya tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Beluran bagi membantu siasatan susulan kes penemuan mayat terapung di Sungai Labuk, Isnin lalu. Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda berkata, sehingga kini belum ada waris yang menuntut mayat berkenaan.