Tutup

Yayasan Maybank berhasrat bawa Seni Batik Malaysia ke luar negara

Yayasan Maybank menerusi Balai Seni Maybank berhasrat membawa seni lukisan batik Malaysia ke luar negara menerusi pameran di luar Malaysia. Hasrat itu muncul selepas kejayaan pameran Entwine: Maybank Women Eco-Weavers Meet Southeast Asian Artists berlangsung di Muzium Negara Singapura September lalu, yang memartabatkan seni tenun.