Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Yogyakarta destinasi seterusnya lawatan negara Agong ke Indonesia

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tiba di Yogyakarta bagi meneruskan lawatan negara ke Indonesia. Seri Paduka bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang berangkat dari Jakarta tiba di Lapangan Terbang Udara Adisutjipto di sini pada kira-kira 10 pagi (waktu tempatan).