Tutup

'Ysuku' dalam pemerhatian polis

Motosikal jenis Yamaha 15ZR atau ?Ysuku? berada dalam senarai pemerhatian polis berikutan trend golongan belia kini yang gemar mengubah suai motosikal itu tanpa mengikut spesifikasi Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ. Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/ Kawalan Lalu Lintas/ Pengurusan Saman) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain, berkata pihaknya tidak teragak-agak untuk menyita motosikal terbabit jika didapati ia melanggar undang-undang jalan raya.