Tutup

Zahid arah tanda tangan cek kosong - Samsuri

Seorang bekas Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Akalbudi hari ini memberitahu mahkamah tinggi di Kuala Lumpur bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, telah mengarahkannya menandatangani cek kosong atas nama yayasan itu tanpa dimaklumkan tujuan kegunaan cek berkenaan.