Tutup

Zakat Family tingkat kesedaran keluarga berzakat

Meningkatkan kesedaran seluruh keluarga untuk berzakat berlandaskan lima syarat wajib zakat. Itu objektif kempen Zakat Family oleh Lembaga Zakat Selangor yang dilancarkan September lalu. Menurut Ketua Divisyen Kutipan Lembaga Zakat Selangor Mohd Sabirin Mohd Sarbini, Zakat Family bagi bagi mendidik bukan hanya ketua keluarga, malah isteri dan anak juga boleh menunaikan tuntutan rukun Islam keempat itu.