Video  | Sukan

Maria Sharapova gagal ujian doping

Bintang tenis wanita dunia Maria Sharapova mendedahkan beliau gagal dalam ujian dadah semasa perlawanan Terbuka Australia di Mebourne Januari lalu. Sharapova mengakui hasil ujian menunjukkan kesan positif bagi bahan dadah terlarang meldonium. Susulan pengakuan itu pihak penaja Nike mengumumkan menggantung kontrak tajaan bersama Sharapova sehingga siasatan lanjut selesai.