Tutup

Video  | Sukan

Olimpik beri pengiktirafan khas kepada Lee Chong Wei

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) memberi pengiktirafan khas kepada Datuk Lee Chong Wei selepas lagenda badminton tanah air itu mengumumkan untuk mengundur diri setelah hampir dua dekad berkecimpung dalam dunia badminton. Melalui akaun Twitter Olimpik, sebuah video berdurasi 40 saat dimuat naik yang memberikan penghormatan khas kepada pemenang pingat perak tiga kali Olimpik itu.