Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Video  | Sukan

Pelancaran Stadium Johor Darul Ta'zim

Detik yang dinantikan peminat bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) apabila stadium kebanggaan mereka dilancarkan secara rasmi. Acara perasmian gilang gemilang akan berlangsung sebentar lagi dengan penghibur antarabangsa, Leona Lewis akan membuat persembahan. Stadium Sultan Ibrahim akan mula digunakan dalam aksi pembuka tirai perlawanan Piala Sumbangsih antara JDT menentang juara Piala FA, Kedah pada 28 Februari ini. Disebut-sebut sebagai stadium dengan kemudahan bertaraf dunia, tidak hairanlah ramai yang tidak sabar melihat sendiri bagaimana hasilnya. Bagaimana kemeriahannya, terus sahaja bersama wakil Astro AWANI Johor Ernalisa Othman.