Video  | Sukan

Semangat Liverpool jadi contoh kepada semua

Liverpool buktikan tiada yang mustahil apabila tundukkan juara Sepanyol, Barcelona untuk mara ke final Liga Juara-Juara Eropah. Ketinggalan 0-3 daripada aksi pertama di Nou Camp, The Reds bangkit meledak empat gol tanpa bolos di Anfield awal pagi Rabu. Sehubungan itu, kemenangan Liverpool bukan sahaja dijadikan contoh dalam bola sepak sahaja. Semangat juang Liverpool itu turut digunakan dalam kempen pilihan raya di Afrika Selatan oleh Parti Kongres Nasional Afrika, ANC.