Tutup

Video  | Sukan

Sukan SEA 2019: Atlet badminton negara komited kutip dua lagi pingat emas

Kem badminton negara komited untuk mengejar misi pingat emas seperti yang disasarkan pada acara temasya Sukan SEA di Filipina hari ini. S. Kisona, pemain berusia 21 tahun itu beraksi cemerlang dalam acara perseorangan wanita dengan menewaskan pesaing Indonesia, Ruselli Hartawan 20-22, 21-14 dan 21-13.