#AWANIByte: Jepun mula buat ujian kereta terbang

Syarikat teknologi Jepun, Cartivator dengan sokongan jenama elektronik terkenal Jepun, NEC bekerjasama untuk membangunkan teknologi kereta terbang. Ujian pertama yang dibuat di Chiba, Jepun telah berjaya membuktikan kenderaan tersebut mampu terapung di udara selama lebih seminit. Jepun meletakkan sasaran kereta terbang pertama mereka untuk mula menjengah pasaran pada 2030.