Login with Apple jawapan privasi?

Jika anda risau syarikat dalam talian seperti Facebook dan Google menjejaki tingkah laku anda, anda tidak keseorangan. Laporan IDC menyatakan bahawa lebih 50 peratus pengguna dalam talian tidak suka dengan cara syarikat dalam talian menggunakan maklumat login para pengguna. Isu ini hangat diperdebatkan di persidangan WWDC di California, Amerika Syarikat, anjuran Apple dihadiri Editor Bisnes Astro AWANI Ibrahim.