Tutup

#mydigitalmaker Fair 2018

Acara #mydigitalmaker Fair 2018 yang bermula semalam telah mendapat sambutan mengalakkan dengan pelbagai aktiviti menarik disediakan di Stadium Axiata Arena Bukit Jalil. Ia dianjurkan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) bersama Kementerian Pendidikan Malaysia, rakan industri dan akademik bagi tujuan memastikan Malaysia kekal berdaya saing di arena tempatan dan global, serta melengkapkan generasi muda dengan kemahiran digital supaya mereka bersedia untuk masa depan. Ikuti perkembangan lanjut bersama Dania Zainuddin di lokasi.