awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pencerobohan tanah di Raub: SPRM sudah ada senarai individu terbabit - Azam Baki

Yasmin Natasha
Yasmin Natasha
29/04/2025
04:22 MYT
Pencerobohan tanah di Raub: SPRM sudah ada senarai individu terbabit - Azam Baki
Azam (foto) berkata, SPRM sedang meneliti kes tersebut dengan serius, bukan hanya dari aspek tatakelola, tetapi juga bagaimana penerokaan tanah secara haram boleh berlaku. -Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mempunyai senarai individu yang dipercayai terlibat dalam kes pencerobohan tanah di Raub, Pahang.

Ringkasan AI
  • SPRM sedang giat menyiasat kes pencerobohan tanah di Raub, Pahang, dengan fokus pada isu tatakelola dan penerokaan haram yang berlarutan.
  • Siasatan terdahulu pada tahun 2021 hampir selesai, tetapi kes terbaharu ini melibatkan penerokaan baharu yang dikesan.
  • SPRM menegaskan siasatan akan diteruskan untuk memastikan tindakan sewajarnya diambil terhadap sebarang pelanggaran undang-undang.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, walaupun setakat ini tiada sebarang tangkapan dibuat, SPRM akan meneliti kes tersebut dari segenap sudut.
"Kita ada dalam senarai (individu dikenal pasti terbabit). Kalau lebih kurang 10 tahun (kejadian berlaku) sudah tentu pegawai berkenaan ada yang sudah berpencen dan sebagainya.
"Jadi ini menjadi satu cabaran juga kepada pegawai penyiasat saya untuk buat 'tracing' dan semak latar belakang siapa yang bertugas ketika itu.
Tambahnya, siasatan SPRM bukan hanya dari aspek tatakelola, tetapi juga bagaimana penerokaan tanah secara haram boleh berlaku sejak sekian lama tanpa tindakan.
“Kita siasat kes ini dengan teliti. Kita bukan sahaja melihat isu tatakelola, tetapi juga bagaimana selama ini pihak-pihak terbabit boleh terlepas dalam meneroka tanah.
"(Kita) akan ambil masa sedikit, terutama kepada mereka yang meneroka dan bagaimana mereka melakukannya," katanya selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Persidangan Antirasuah di Asia Tenggara di Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya, di sini, hari ini.
Beliau turut mengingatkan bahawa siasatan terdahulu pada tahun 2021 melibatkan pencerobohan tanah di kawasan sama hampir selesai, dan mungkin telah ditutup di peringkat pejabat tanah. Namun, kes terbaharu ini membabitkan penerokaan baharu yang dikesan.
SPRM menegaskan bahawa siasatan akan terus dijalankan bagi memastikan sebarang pelanggaran undang-undang dapat diambil tindakan sewajarnya.
Turut hadir, Presiden Kesatuan Antirasuah Asia Tenggara (Sea Actions), Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Persidangan yang juga Ahli Lembaga Pengarah Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Seri Mustafar Ali.
Topic Berkaitan
#SPRM
#Azam Baki
#pencerobohan tanah
#Raub Pahang
#penerokaan haram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan