Sepanjang kira-kira 30 minit berada di lokasi, Anwar meluangkan masa mengunjungi hampir 50 gerai penjaja selain berinteraksi secara langsung dengan kumpulan penduduk setempat.
Setiap aduan yang diterima turut disalurkan kepada exco mengikut portfolio masing-masing, termasuk berkaitan pendidikan, pertanian dan kebajikan masyarakat.
Barisan Nasional (BN) menyifatkan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) mampu diterjemahkan kepada sokongan lebih baik dalam Pilihan Raya Negeri Melaka, termasuk daripada pengundi bukan Melayu.
Perbezaan haluan di peringkat negeri, termasuk di Melaka, tidak bermakna gabungan itu tidak menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di peringkat Persekutuan.
Perubahan nada Perdana Menteri dan reaksi bercanggah pemimpin Pakatan Harapan mengenai pengampunan bersyarat Najib Razak menjadi perhatian pemerhati politik.
Kurang 48 jam sebelum tamat kempen PRN Melaka, 687,697 pengundi menjadi penentu, manakala calon giat memikat undi dengan fokus isu pekerjaan, perumahan dan pembangunan belia.
Calon Pakatan Harapan (PH) Pengkalan Batu, Jason Tze-Xi Nathan memberi fokus untuk menyelesaikan isu jalan rosak, perparitan dan banjir menerusi tiga janji utama selepas menjelajah kesemua sembilan PDM di kawasan itu.
Dengan potensi kemenangan yang semakin menipis dengan hanya menyasarkan 15 peratus undi popular pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini, Bersama menunjukkan matlamat sebenar parti pimpinan Datuk Seri Rafizi Ramli itu untuk membalas dendam.
Pakatan Harapan berhasrat membatalkan tujuh ADUN lantikan dan menyalurkan penjimatan kepada belia, selain membuka semula Seri Bendahara untuk Hari Bertemu Rakyat jika diberi mandat mentadbir Melaka.
Calon Bersatu, Datuk Norhizam Hassan Baktee berkata beliau sudah menjelajah hampir 80 peratus DUN Pengkalan Batu dan yakin rekod khidmatnya mampu menarik semula sokongan pengundi.
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) di Melaka sebagai gambaran kepada usaha membina “rumah baharu” di peringkat nasional.
Prinsip menunaikan janji dan mempertahankan kredibiliti diri lebih penting daripada mengekalkan kedudukan dalam politik, kata bekas Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Ahmad Zahid menyambut baik cadangan Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu untuk menyerahkan gaji menterinya bagi membiayai usaha memperjuangkan mekanisme tahanan rumah.
Barisan Nasional (BN) berharap suasana kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 yang berlangsung tenang setakat ini dapat dikekalkan sehingga hari pengundian, Sabtu ini, tanpa sebarang insiden tidak diingini.