FLOOD

1,500 pelajar UMK dipindahkan, proses pemindahan lancar

Astro Awani 26/12/2014 | 08:54 MYT
Situasi di kampus UMK Pengkalan Chepa, Kelantan. -Gambar: Awani/Ashwad Ismail
Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sedang giat menjalankan proses pemindahan pelajar sejak petang tadi.

Menurut Naib Canselor UMK Prof Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubungi pihak Astro AWANI, seramai 1,500 pelajar telah dipindahkan dari kampus Pengkalan Chepa ke kampus Bachok.

Tambahnya, proses pemindahan berjalan dengan lancar.

Beliau turut berkata pelajar berkenaan sedang menunggu peperiksaan akhir namun ia terpaksa ditunda kepada tarikh yang akan diumumkan kelak.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

BERITA LANJUT MENYUSUL
#banjir #Kelantan #Universiti Malaysia Kelantan