Sebanyak RM610 juta kerugian dicatat dalam bencana banjir yang melanda Pahang baru-baru ini berikutan kemusnahan harta benda, hasil pertanian dan infrastruktur.
Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata dalam bencana banjir terburuk selepas 1971 itu, sebanyak RM348.5 juta kerugian telah dicatatkan daripada kerosakan infrastruktur melibatkan jalan raya, jambatan dan kemudahan awam di negeri ini.
"Untuk sektor pertanian, kita telah mengalami kerugian lebih RM65.1 juta dan sebanyak 219 rumah di tujuh daerah termasuk Jerantut, Kuantan, Lipis dan Temerloh juga telah musnah dalam kejadian bencana alam itu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan bersama Mesyuarat Penyelarasan Pasca Banjir Negeri Pahang bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.
Adnan berkata, kerajaan negeri akan memberi keutamaan untuk membina rumah mangsa banjir yang telah musnah dengan seberapa segera melibatkan kos antara RM40,000 hingga RM45,000 untuk setiap rumah.
"Kita akan mendapatkan bantuan daripada Kor Jurutera Diraja Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk membantu bagi tujuan itu.
"Rumah yang terjejas teruk kita dimaklumkan mereka diberikan bantuan RM10,000 dan kurang teruk sebanyak RM4,000 hingga RM5,000," katanya.
Katanya sepanjang tempoh banjir, kerajaan negeri membelanjakan sebanyak RM3.5 juta juta bagi bantuan segera kepada mangsa banjir termasuk makanan serta barangan keperluan selain RM3.1 juta yang disumbangkan badan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan.
Adnan berkata dalam masa yang sama kerajaan negeri itu juga telah bersiap sedia menghadapi gelombang banjir ketiga yang diramal akan berlaku pada bulan Mac nanti.
Bernama
Thu Jan 29 2015
ADNAN: Pahang alami kerugian lebih RM610 juta - Gambar fail
Delegasi Hamas ke Kaherah bincang gencatan senjata
Hamas dijangka bertindak balas terhadap cadangan genjatan senjata berperingkat terbaharu Israel yang disampaikan pada Sabtu lalu.
14 rumah terjejas ribut landa Kuala Muda
Antara kawasan lain yang terlibat ialah Kampung Teluk Wang Besar, Kampung Teluk Wang Kechil, Kampung Bukit dan Kampung Masjid.
Manfaatkan teknologi AI dalam sektor pendidikan
Perbincangan diperlukan mengenai cara-cara untuk mengintegrasikan AI ke dalam sistem pendidikan secara berkesan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [29 April 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Geegee Ahmad & Afiezy Azaman;
IPR: Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Waspada ejen nikah Siam
Pindaan Garis Panduan Lawatan: Sekolah diharap susun semula program – Fadhlina
IPR: Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Waspada ejen nikah Siam
Pindaan Garis Panduan Lawatan: Sekolah diharap susun semula program – Fadhlina
TotalEnergies setuju tingkat pelaburan di Malaysia - PM
TotalEnergies menyatakan komitmen dan bersetuju untuk mempertingkatkan pelaburan dalam sektor huluan minyak dan gas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Ramasamy perlu bertanggungjawab jika pengundi pilih pemimpin tidak tepat - Ramanan
Jika kempen tolak undi PH itu berjaya, Ramasamy perlu berdepan penduduk Kuala Kubu Baharu sekiranya timbul masalah pada masa hadapan.
Jiwa SME: Permintaan daun moringa meningkat, jadi tumpuan luar negara
Berdasarkan laporan Vodus Market Research, sebuah firma penyelidikan dan analisis data pasaran dalam talian, kira-kira 71 peratus penduduk di negara ini mengambil suplemen pada 2021.
Nilai pasaran suplemen negara juga menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh 2014 hingga 2019, iaitu daripada RM2.07 bilion kepada RM3.1 bilion. Angka itu dijangka terus meningkat pada masa akan datang.
Nilai pasaran suplemen negara juga menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh 2014 hingga 2019, iaitu daripada RM2.07 bilion kepada RM3.1 bilion. Angka itu dijangka terus meningkat pada masa akan datang.
Biden kekal tidak sokong pencerobohan di Rafah
Mesej itu disampaikan menerusi perbualan telefon dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada Ahad.
Biden kekal tidak sokong pencerobohan di Rafah
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden bercakap dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pada Ahad.
Tiga perkara perlu dilakukan bagi elak kemusnahan di Gaza
Presiden Palestin Mahmoud Abbas menyuarakan tiga perkara yang perlu diberikan pertimbangan masyarakat dunia dan mengiktiraf Palestin sebagai negara merdeka termasuk ahli penuh Persatuan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB). Beliau berkata demikian di Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Riyadh hari ini.
Adira fail cerai, suami bantah permohonan
Penyanyi terkenal, Adira Suhaimi memfailkan perceraian terhadap suaminya, Datuk Seri Adnan Abu pada Rabu