Banjir: Penonton Astro AWANI rayu bantu selamatkan ibu dan adik

Astro Awani
Disember 24, 2014 13:53 MYT
BAK SUNGAI: Keadaan Kuala Krai yang dilanda banjir - Foto Bernama
Sejak awal pagi, Astro Awani tidak henti-henti menerima panggilan daripada penonton bagi mendapatkan berita terkini mengenai banjir.
Bagaimanapun, ada juga penonton yang buntu tidak tahu pihak mana harus diminta tolong untuk mencari orang tersayang yang terjejas kerana musibah ini.
Antaranya adalah Mohamad Nizam Ghazali dari Machang, Kelantan yang terputus hubungan dengan ibu dan adiknya yang berada di Kuala Krai.
Kata Nizam, waktu terakhir dia bercakap dengan ibunya adalah pada jam 2 petang dan sehingga jam 7 petang tadi masih belum diketahui status di mana ibunya, Nafisah Mustafa dan adiknya, Muhamad Hafiz Ghazali di tempatkan.
Dalam perbualan awal dengan Nizam, Astro AWANI difahamkan bahawa begitu ramai mangsa banjir ditempatnya berebut menaiki bot mahu diselamatkan.
Ikuti perbualan penuh Astro AWANI bersama Nizam.
Selain itu, Astro AWANI turut menerima banyak rayuan bantuan dari mangsa banjir dari pantai timur, tak kurang juga ada yang berkongsi gambar memberitahu berkenaan keadaan di kediaman masing-masing.
Kami mengucapkan terima kasih kepada yang menghubungi Astro AWANI bagi berkongsi maklumat mengenai kejadian banjir yang melanda beberapa negeri di Malaysia.
Sebagai medium pengantara, Astro AWANI akan berusaha mewar-warkan bantuan yang dipinta serta berita terkini kepada orang ramai.
Untuk melaporkan kecemasan banjir atau bantuan boleh hubungi :
#banjir #bantuan banjir #jumlah mangsa banjir