awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKM perkukuh saringan di pintu masuk antarabangsa susulan wabak Nipah di India
Agong berangkat pulang selepas akhiri lawatan khas di St Petersburg
Trump yakin AS–Korea Selatan mampu capai penyelesaian selepas ancam tarif 25 peratus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Henti beri lesen pembalakan untuk 25 tahun - Ibrahim Ali

Bernama
Bernama
04/01/2015
09:50 MYT
Henti beri lesen pembalakan untuk 25 tahun - Ibrahim Ali
IBRAHIM: Banjir: Hentikan beri lesen pembalakan untuk 25 tahun - Gambar fail
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali hari ini menyarankan agar pemberian lesen pembalakan dihentikan sekurang-kurangnya 25 tahun bagi mengelak banjir besar berulang.
Katanya kerajaan negeri terutama negeri-negeri yang berisiko banjir setiap tahun perlu melaksanakan langkah berkenaan bagi mengelak impak besar banjir ekoran kegiatan pembalakan yang berleluasa.
"Selagi ada pemberian lesen pembalakan, selagi itu ada kemusnahan hutan, selagi ada kawasan yang 'halal' untuk membalak, selagi itu ada kegiatan 'haram' pembalakan ini.
"Kita hanya salahkan pembalakan, kemusnahan hutan sebagai penyebab banjir setiap kali banjir berlaku, tapi pernah tak fikir, lesen membalak tu siapa yang bagi, yang luluskan?" katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Muhibah Perkasa bersama Orang Asli di Bukit Lagong di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas pandangan beberapa ahli akademik yang menjurus kemungkinan bencana banjir terburuk ketika ini mempunyai kaitan dengan kegiatan pembalakan dan kemusnahan hutan.
"Kita boleh hentikan sementara, 25 tahun sekurang-kurangnya, bagi muka bumi, tanah stabil. Lesen boleh diberikan kepada mereka yang benar-benar berkaitan dengan industri contohnya industri perabot sahaja.
"Lagipun saya rasa Malaysia tidak kurang pendapatan jika cukai balak ini tiada," katanya.
Sementara itu, Ibrahim melahirkan rasa terima kasih dan kagum terhadap kepimpinan dan ahli Perkasa seluruh negara yang telah bertungkus lumus mengumpul dan mengagih bantuan ke negeri-negeri terjejas akibat banjir.
Selain bantuan keperluan asas, Perkasa kini dalam proses mengumpul sumbangan berbentuk bahan binaan ringan seperti zink, simen dan papan bagi membantu membina semula rumah penduduk yang rosak sementara mereka mendapat bantuan untuk membina rumah baharu.
Topic Berkaitan
#asli
#balak
#banjir
#ibrahim
#Kelantan
#PERKASA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan