FLOOD

Najib terkena jangkitan bakteria E.Coli

Astro Awani 05/01/2015 | 08:18 MYT
Perdana Menteri masih akan terus memantau operasi banjir dari rumah. - Foto Fail
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terkena jangkitan bakteria E.coli (Escherichia coli) semasa melawat kawasan banjir, baru-baru ini.

Ini dinyatakan melalui catatan di laman Twitter Pejabat Media Perdana Menteri hari ini.

"Doktor menasihatkan Perdana Menteri supaya berehat susulan perkembangan itu. Beliau akan kembali bertugas secepat mungkin," menurut catatan itu.

Sementara itu, Najib melalui catatan di laman Twitternya berkata beliau akan terus memantau operasi bantuan banjir dari rumah.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tambah kenyataan pejabat Najib menerusi akaun twitternya, beliau akan kembali bertugas secepat mungkin.

E.coli boleh menyebabkan cirit-birit, muntah, demam dan paling bahaya ialah dehidrasi atau penyahhidratan yang boleh membawa maut.

Najib sebelum ini mengadakan lawatan bagi meninjau keadaan banjir serta memantau usaha membantu mangsa yang terjejas akibat bencana itu di negeri seperti Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak.

#E.coli #melawat kawasan banjir #Pantai Timur #Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak