Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) mencadangkan yuran persekolahan bagi anak mangsa-mangsa banjir ditangguhkan sehingga pertengahan atau akhir tahun ini bagi meringankan beban mereka.
Setiausaha Agung Lok Yim Pheng berkata NUTP menyokong cadangan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) supaya pembayaran yuran itu ditangguhkan.
"Kita (NUTP) setuju dengan cadangan itu kerana dapat meringankan beban pelajar dan ibu bapa yang tidak mampu membayar yuran selepas dilanda banjir teruk. Saya juga minta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) menangguhkan yuran PIBG buat sementara waktu kepada mangsa banjir.
"Yuran pelbagai, termasuk yuran PIBG biasanya boleh bermula kurang daripada RM100 sehingga RM200 untuk seorang pelajar bergantung kepada sekolah dan PIBG," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau turut meminta NGO dan syarikat swasta supaya tampil ke hadapan menghulurkan bantuan kepada pelajar yang dilanda bencana banjir yang melibatkan lebih 200,000 mangsa di seluruh negara, terutamanya di Pantai Timur.
Terdahulu, beberapa portal melaporkan Penyelaras Angkatan Pembela Rakyat (Angkara), Mohd Shukri Mohd Ramli mencadangkan Kementerian Pelajaran menangguhkan yuran persekolahan kepada ibu bapa dan pelajar yang tidak mampu.
Ia bagi meringankan sedikit beban berganda yang ditanggung mangsa banjir kerana sebahagian besar gaji bagi bulan ini terpaksa digunakan untuk keperluan hidup yang lebih asas untuk membina hidup baru selepas segala harta benda mereka musnah akibat banjir.
Sementara itu, Presiden Persatuan Kumpulan Ibu Bapa Bertindak Untuk Pendidikan (PAGE), Datin Noor Azimah Abdul Rahim, yang turut menyokong cadangan tersebut berkata, penangguhan itu harus diberikan kepada mereka yang terjejas dengan bencana banjir sahaja.
"Cadangan ini sangat bagus kerana terdapat banyak pihak yang terjejas teruk dengan banjir kali ini. Saya ingin meminta kerajaan supaya memberikan penangguhan yuran ini kepada sekolah-sekolah dan kawasan yang betul-betul terjejas dengan banjir sahaja," katanya.
Selain itu, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) turut menyokong cadangan itu kerana dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh penjawat awam yang terjejas.
Presidennya Datuk Azih Muda turut meminta kerajaan supaya menyumbangkan keperluan persekolahan seperti pakaian sekolah, beg, kasut dan alat tulis kepada mangsa-mangsa banjir.
"Selain itu, saya juga meminta kerajaan supaya mempercepatkan pembayaran bonus kepada penjawat awam, iaitu sebelum 10 Januari ini bagi meringankan beban mereka. Kerajaan harus faham keperitan rakyat yang terdesak dalam situasi ini.
"Terdapat Kerajaan Negeri yang sudah membayar bonus kepada kakitangan di bawah kerajaan negeri berkenaan, harap Kerajaan Persekutuan juga berbuat demikian," katanya kepada Bernama.
Bernama
Sun Jan 04 2015
YIM PHENG: NUTP sokong cadangan yuran sekolah ditangguhkan - Gambar fail
Kalau kita tidak boleh beri wang, beri perhatian kepada murid tercicir - Guru
10 Finalis Teratas Malaysia Teacher Priza 2023 yang juga guru di SMK Dato’ Ahmad Maher, Kelantan, Zul Afida Abdullah berkata sekiranya tidak mampu memberi wang ringgit, maka berilah perhatian kepada murid-murid yang tercicir. Menurutnya, kemenjadian murid bergantung sepenuhnya kepada kemenjadian guru, maka teladan yang ditunjukkan oleh guru akan menentukan kejayaan murid tersebut pada masa depan. #DialogTigaPenjuru
Guru perlu berlumba-lumba jadikan kelas menyeronokkan - Guru
10 Finalis Teratas Malaysia Teacher Prize 2023 yang juga guru di SK Jengka Pusat 2, Pahang, Mohamad Safuan Rozak berkata guru perlu berlumba-lumba menjadikan sesi pembelajaran dan pengajaran (PDP) menyeronokkan. Maka, penguasaan teknologi adalah penting untuk membolehkan kaedah pengajaran yang kreatif dan mampu menarik minat murid. #DialogTigaPenjuru
KPM tidak halang pembaharuan, guru perlu ambil peluang - Guru
emenang Malaysia Teacher Prize 2022 yang juga guru di SMK Chung Hwa, Sabah, Anuthra Sirisena berkata Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak menghalang sebarang usaha membawa pembaharuan dalam pendidikan. Oleh itu, guru-guru perlu ambil peluang bekerjasama dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk melaksanakan sebarang inovasi yang diperlukan. #DialogTigaPenjuru
Pasukan petugas ditubuh pantau, selenggara pokok teduhan di ibu negara
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diarah membentuk pasukan petugas dalam waktu terdekat untuk memantau secara terperinci dan menyelenggara pokok-pokok teduhan di sekitar ibu negara.
Jajaran Seksyen 7 WCE siap Mac 2026 - Nanta
Pembinaan Jajaran Tanjong Karang-Assam Jawa di Seksyen 7 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) telah mencapai tahap 71 peratus, dan dijanga siap pada Mac 2026.
AWANI Ringkas: Ekonomi | Seleweng Dana | Keselamatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
FBM KLCI di paras tertinggi sejak Mac MAC 2022, penurunan kadar dijangka dorong sentimen global
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meraih 7.88 mata kepada 1,611.11 berbanding 1,603.23 semasa ditutup semalam, menandakan paras tertingginya sejak Mac 2022.
Ringgit ditutup tinggi melonjak ke paras 4.68 berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.6810/6850 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7050/7075 pada Rabu.
Keperluan manusia tetap diperlukan walaupun AI semakin canggih
Masih tidak dapat dinafikan bahawa ada lagi kepentingan untuk penggunaan tenaga manusia walaupun permintaan kecerdasan buatan (AI) semakin meningkat..
Menurut Ketua Dasar Awam TikTok Malaysia, Anur Fariz Fadzil, keperluan tenaga itu diperlukan untuk melihat dan menapis kandungan yang tidak beretika di aplikasi tersebut
Menurut Ketua Dasar Awam TikTok Malaysia, Anur Fariz Fadzil, keperluan tenaga itu diperlukan untuk melihat dan menapis kandungan yang tidak beretika di aplikasi tersebut
Pokok tumbang atas dua kereta, dua mangsa terperangkap
Dua lelaki terselamat daripada maut apabila terperangkap dalam kereta selepas sebatang pokok besar tumbang di Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar.
Angka kematian terus meningkat akibat banjir kilat, aliran lahar dingin
Angka kematian akibat hujan lebat yang mencetuskan banjir kilat dan aliran lahar dingin dari gunung berapi aktif Gunung Marapi meningkat kepada 67 orang di beberapa daerah di Sumatera Barat.
Angka kematian akibat bencana alam terburuk di Brazil meningkat kepada 143
Institut Meteorologi Kebangsaan meramalkan hujan lebat akan berterusan sehingga Isnin di negeri paling selatan Brazil itu.
Angka korban akibat banjir di Sumatera Barat meningkat kepada 31 orang
Banjir yang bermula sejak Sabtu malam, telah membawa lumpur ke daerah tanah datar, lalu menjejaskan lima mukim.
22 maut, 7 cedera, 2 hilang selepas banjir landa Sumatera Barat
Operasi menyelamat masih diteruskan di mukim terjejas termasuk Canduang, Sungai Pua dan Koto susulan hujan lebat pada 9 malam waktu tempatan.
Korban banjir Brazil meningkat kepada lebih 100 orang
Angka kematian akibat banjir di negeri Rio Grande do Sul di selatan Brazil telah meningkat kepada 107 orang, kata pihak berkuasa tempatan pada Khamis selepas tujuh lagi kematian dicatatkan.
Kuda terperangkap atas bumbung akibat banjir
Keberadaan kuda yang terperangkap sekurang-kurangnya 24 jam itu menjadi tular apabila imejnya yang berada di atas bumbung itu disebarkan.
20 ekor anjing terperangkap akibat banjir
Kira-kira 20 ekor anjing terperangkap dalam sebuah bangunan di negeri paling selatan Brazil di Rio Grande do Sul, mendorong sukarelawan penyelamat untuk menyertai menyelamatkan mereka pada Rabu.
Banjir luar biasa landa Afrika Timur
Kawasan di Ethiopia, Kenya dan Tanzania yang biasanya gersang serta dilanda kemarau mengalami taburan hujan luar biasa.
Mangsa banjir di Kota Tinggi kekal 300 orang
Kesemua mangsa yang terjejas merupakan penduduk dari Kampung Temenin Baru dan Kampung Desa Makmur.
300 penduduk Kota Tinggi ditempatkan di PPS akibat banjir
Seramai 300 penduduk daripada 69 keluarga di daerah ini ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka akibat banjir yang berlaku tengah hari tadi.