awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10,000 pelajar IPT daftar perniagaan dengan SSM

Bernama
Bernama
08/12/2017
04:40 MYT
10,000 pelajar IPT daftar perniagaan dengan SSM
Sebahagian pelajar Bumiputera IPT yang menerima geran Keusahawanan bernilai RM50,000 setelah memenangi program Usahawan Permulaan Bumiputera selepas majlis MoU pada November. - fotoBERNAMA / Fail
Seramai 10,000 pelajar di institusi pengajian tinggi telah mendaftarkan perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Ketua Unit Keusahawanan dan Jaringan Penyelidikan Awam-Swasta (PPRN) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Datin Dr Syahira Hamidon berkata pelajar terbabit merupakan mereka yang memulakan perniagaan sendiri melalui pelbagai program keusahawanan di institusi masing-masing.
"Kebanyakan pelajar menjalankan perniagaan mereka secara dalam talian (online) kerana mereka perlu mengutamakan pelajaran," katanya kepada Bernama.
Syahira berkata pelbagai program keusahawanan yang dijalankan kerajaan telah berjaya meningkatkan penglibatan pelajar dalam bidang itu kepada 60 peratus tahun ini berbanding 20 peratus pada 2012.
"Memang tidak semua pelajar berminat dalam bidang keusahawanan ini tetapi melalui program yang dijalankan mereka mampu berfikir untuk menjadi usahawan," katanya.
Selain itu, kementerian tersebut juga menjalankan kerjasama dengan pihak industri dan agensi seperti Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju), Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk menyediakan platform bagi pelajar menjalankan perniagaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bumiputera
#Institusi Pengajian Tinggi
#IPT
#Kementerian Pendidikan
#kerajaan
#pelajar
#pendidikan
#Syahira Hamidon
#usahawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan