BISNES
10Star Cinemas labur lebih RM100 juta, bantu ekonomi dan perkasa industri kreatif - Armizan
Menerusi MoU bagi pembangunan pawagam komuniti 10Star Cinemas bersama WSG Properties dan WK Konsortium yang ditandatangani hari ini, dua lagi pawagam akan dibina masing-masing di Kinarut dan Kundasang. - Foto KPDN
PAPAR: Inisiatif pelaburan 10Star Cinemas di Sabah, termasuk di Papar, disifatkan sebagai langkah positif dengan nilai pelaburan melebihi RM100 juta.
Ringkasan AI
Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali berkata pelaburan tersebut bukan sekadar perniagaan berorientasikan komersial semata-mata, malah membantu pembangunan sosio-ekonomi rakyat termasuk dijangka menyediakan lebih 500 peluang pekerjaan.
Katanya, menerusi memorandum persefahaman (MoU) bagi pembangunan pawagam komuniti 10Star Cinemas bersama WSG Properties dan WK Konsortium yang ditandatangani hari ini, dua lagi pawagam akan dibina masing-masing di Kinarut dan Kundasang.
Ujar beliau, pawagam di Kinarut dijangka siap dan beroperasi pada suku keempat 2026, manakala di Kundasang pada suku pertama 2027.
"Ini merupakan satu pelaburan dan inisiatif yang cukup penting dan kita sebagai pemimpin setempat, begitu juga Kerajaan Negeri Sabah pun sedang merintis pembangunan industri kreatif untuk kita libatkan sekali.
"Saya sendiri mengambil tanggungjawab ini untuk memastikan 10Star Cinemas dapat digerakkan dan didekatkan dengan Kerajaan Negeri.
"Paling penting dalam manifesto Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sendiri pun akan ada satu komponen pembangunan industri kreatif dalam manifesto tersebut," katanya dalam sidang media selepas menyaksikan pemeteraian MoU tersebut, di sini pada Sabtu.
MoU itu ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif 10Star Cinemas, Onn Norshal Hamzah, Pengarah Urusan Syarikat WSG Group, Datuk Susan Wong, dan Pengarah Urusan Syarikat WK Konsortium, Aidah Wong.
Mengulas lanjut, Armizan yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berkata, melalui program tersebut, 10Star Cinemas akan bekerjasama dengan rakan strategik, DBAY Film Factory Sdn Bhd dalam mengenal pasti bakat-bakat muda yang layak.
Ujar beliau, pengkarya-pengkarya muda akan ditawarkan peluang untuk menjadi produksi filem pendek yang akan ditaja oleh 10Star Cinemas.
"Bagi Program Aspirasi Pembangunan Filem Sabah (APFS) 2026/2027, dua produksi telah dipilih untuk menghasilkan dua filem pendek, iaitu RIVY Production dengan karya filem pendek “Bedilan”.
"Sementara satu lagi ialah Lapan Pagi Studio dengan karya filem pendek “Bas Malam”," katanya.
Dalam masa sama, Armizan berkata 10Star Cinemas merancang untuk membuka 15 pawagam secara keseluruhan termasuk di Semenanjung Malaysia, dengan setakat ini enam telah pun beroperasi di Sabah.
"Dua tambahan lokasi yang sudah disahkan ialah Kinarut dan Kundasang, dua di Semenanjung Malaysia, manakala baki lima lagi mereka sedang melihat potensi dengan keutamaan kepada Sabah," tambah beliau.
Ringkasan AI
- Pelaburan lebih RM100 juta oleh 10Star Cinemas di Sabah, termasuk pembinaan pawagam komuniti di Papar, Kinarut dan Kundasang, dijangka mewujudkan lebih 500 peluang pekerjaan.
- Program Aspirasi Pembangunan Filem Sabah (APFS) 2026/2027 akan menaja produksi filem pendek oleh bakat muda tempatan, dengan dua karya terpilih iaitu Bedilan oleh RIVY Production dan Bas Malam oleh Lapan Pagi Studio.
- 10Star Cinemas merancang membuka 15 pawagam di seluruh negara, dengan enam sudah beroperasi di Sabah dan keutamaan diberikan kepada negeri itu untuk lokasi tambahan, selaras dengan usaha memperkasa industri kreatif tempatan.