awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah kemalangan di Sarawak perlu langkah keselamatan lebih kukuh
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1MDB mulakan permohonan untuk Bandar Malaysia

Bernama
Bernama
12/06/2015
07:08 MYT
1MDB mulakan permohonan untuk Bandar Malaysia
1MDB memulakan proses memilih pelabur ekuiti yang berkelayakan sebagai rakan usaha sama dalam pembangunan keseluruhan Bandar Malaysia.
1Malaysia Development Bhd (1MDB) merancang memulakan proses Permohonan Cadangan untuk anak syarikatnya, Bandar Malaysia Sdn Bhd, memilih pelabur ekuiti yang berkelayakan sebagai rakan usaha sama dalam pembangunan keseluruhan Bandar Malaysia.
"Kami memohon pelabur ekuiti berkelayakan yang sesuai untuk menyatakan minat mereka dengan menandatangani perjanjian kerahsiaan bersama 1MDB bagi memudahkan perkongsian maklumat awal," kata Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Arul Kanda dalam satu kenyataan hari ini.
Terletak di Sungei Besi, Bandar Malaysia seluas 200 hektar (495 ekar), dengan pembangunan bandar bercampur, dijangka menjadi pemangkin transformasi Greater Kuala Lumpur.
Pembangunan itu akan menjadi gerbang Kuala Lumpur untuk kereta api berkelajuan tinggi ke Singapura dan menjadi hab pengangkutan berpusat dalam bandar raya menerusi Jajaran Mass Rapid Transit 2 dan 3, Komuter KTM, Express Rail Link, dan akses masa depan ke 12 lebuh raya utama.
Arul berkata bagi memindahkan kemudahan sedia ada di tapak berkenaan, 1MDB kini bertanggungjawab menyediakan lapan balai polis dan kem tentera baharu yang dibina di seluruh negara.
"1MDB menyumbang RM1.6 bilion untuk kos pemindahan daripada RM2.7 bilion kontrak pembinaan.
"Projek pembinaan kem-kem baharu ini berjalan lancar dan akan diserahkan pada 1 Jan, 2017, hasil kecekapan kontraktor kami, Perbadanan Perwira Hartanah Malaysia, anak syarikat milik penuh Lembaga Tabung Angkatan Tentera," katanya.
1MDB ialah syarikat pembangunan strategik milik penuh kerajaan. Ia melaksanakan inisiatif dipacu pasaran bagi membantu mentransformasikan Malaysia sebagai ekonomi pesat berkembang, berdaya saing tinggi, terangkum dan mampan.
Topic Berkaitan
#1MDB
#bandar malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan