Sentimen pembelian pasaran hartanah di Malaysia melihat peningkatan 3 peratus tahun ini dan dijangka semakin pulih.
Pengurus Negara PropertyGuru Malaysia, Sheldon Fernandez berkata pemulihan sentimen ini secara langsung akan meningkatkan pembelian hartanah.
Menurut Laporan Tinjauan Sentimen Pasaran Hartanah Malaysia PropertyGuru, sentimen pembelian di Malaysia tahun ini meningkat kepada 28 peratus, berbanding 25 peratus yang dicatatkan tahun lepas.
Berikut adalah 3 fakta yang akan mendorong peningkatan pembelian hartanah tahun ini:
1. Peningkatan harga hartanah secara sederhana
Peningkatan harga hartanah secara sederhana tahun lepas telah meningkatkan sentimen pembeli.
"Jika anda lihat statistik, sejak 2013 harga hartanah meningkat 15 peratus setiap tahun. Namun pada tahun lepas, ia hanya meningkat 5.9 peratus dan ini merupakan peningkatan sederhana," kata Sheldon.
Tambahnya, ini merupakan peluang yang baik untuk membeli rumah pada harga yang lebih murah.
2. Pengguna lebih bijak
Menurut Sheldon, pengguna kini lebih bijak membuat keputusan membeli perumahan di kawasan pinggir bandar.
"Pembeli lebih memahami pasaran hartanah. Dengan pembangunan MRT, pembeli mempunyai pilihan untuk tinggal di lokasi yang lebih jauh dan dapat menikmati manfaat harga hartanah yang lebih murah dan lebih besar," kata Sheldon.
3. Promosi oleh pemaju
Tambah Sheldon, usaha agresif pemaju hartanah untuk memberi promosi yang menarik juga meningkatkan sentimen pembeli di Malaysia.
Antara promosi pemaju hartanah termasuklah menawarkan perkakasan rumah percuma dan rumah yang dilengkapi perabot.
Pritha Manivannan
Tue Apr 19 2016

Pemulihan sentimen secara langsung akan meningkatkan pembelian hartanah, kata Sheldon Fernandez - Gambar hiasan/Bernama

Cetak rompak: Kenakan hukuman paling maksimum - Freddie Fernandez
Freddie Fernandez menggesa pihak berkuasa agar meletakkan fokus kepada hukuman yang diterima pesalah.

Hari Wanita 2021 | Tubuh institusi, bank khusus untuk wanita
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan penubuhan institusi pengajian dan bank khusus untuk wanita. Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata ia bagi membolehkan agenda pemerkasaan wanita dapat dipertingkatkan pada masa depan.

Hari Wanita 2021 | Perluas kerja dari rumah untuk sektor awam, swasta
Kerajaan mencadangkan untuk memperluaskan kemudahan Bekerja Dari Rumah (BDR) untuk sektor awam dan swasta dengan gaji penuh. Ia bagi tujuan penjagaan ahli keluarga yang uzur dan sakit serta menyokong isteri dalam hal penjagaan anak yang baru lahir.

Media belum disenaraikan dalam barisan fasa pertama vaksin
Menteri Penyelaras Program Imunisasi #COVID19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin memberitahu, Jawatankuasa Jaminan Akses telah mewujudkan jabatan kecil bagi melihat permohonan-permohonan seperti daripada pengamal media. Bagaimanapun mesyuarat akan diadakan Khamis ini dan segala perkembangan terkini mengenai permohonan itu akan dimaklumkan kepada media

Kadar pengangguran Januari 2021 naik kepada 4.9%
Untuk mengulas lanjut, bersedia di talian, Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari, Ketua Ekonomi Pusat Penyelidikan Pasaran Buruh Masa Hadapan Pertubuhan Keselamatan Pekerja (PERKESO).

Khairy Jamaluddin batalkan temujanji cubaan pemotongan barisan vaksin
Menteri Penyelaras Program Imunisasi #COVID19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin memberitahu, mungkin perkara itu tidak disengajakan iaitu terdapat tempat yang cuba menjadualkan mereka tidak berdaftar dalam senarai fasa pertama dan beliau telah batalkan temujanji itu. Jelasnya, semua aduan berkaitan pemotongan barisan bagi mendapatkan vaksin #COVID19 telah disiasat.

AWANI Ringkas: Kerajaan cadang perluas kerja dari rumah

Pemimpin negara rakam penghargaan sempena Hari Wanita
Nenek, ibu, kakak, isteri, antara wanita yang pernah menghiasi kehidupan ramai orang dan tidak dinafikan, jasa mereka tidak terkira banyaknya.

Vaksin COVID-19: Tiada kes kesan sampingan serius dilaporkan
Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, tidak ada kes-kes serius dilaporkan dalam kalangan 139,720 barisan hadapan yang menerima vaksin #COVID19 manakala kesan sampingan dalam kalangan komuniti pula tidak membimbangkan. Kata beliau, kebanyakan aduan yang diterima adalah mengalami sakit-sakit di bahagian lengan.

Buruh didakwa rogol remaja 13 tahun dengan mengacu pisau di leher
Seorang buruh didakwa di Mahkamah Sesyen, Kota Bharu atas pertuduhan merogol kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun dengan mengacukan pisau di leher mangsa.

3 fakta yang akan mendorong peningkatan pembelian hartanah 2016
Sentimen pembelian pasaran hartanah di Malaysia melihat peningkatan 3 peratus tahun ini dan dijangka semakin pulih.