awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai persekutuan di Minneapolis diarah pakai kamera badan "berkuat kuasa serta-merta"
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

475 juta e-invois direkod, libatkan 98,813 pembayar cukai

Bernama
Bernama
19/08/2025
05:40 MYT
475 juta e-invois direkod, libatkan 98,813 pembayar cukai
Lim berkata, sebanyak 37,000 pembayar cukai daripada fasa keempat dan kelima turut menyertai pelaksanaan itu secara sukarela. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sebanyak 475 juta e-invois telah dikeluarkan oleh 98,813 pembayar cukai setakat semalam, membabitkan fasa pertama hingga ketiga pelaksanaan mandatori mulai 1 Julai, 2025, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.

Ringkasan AI
  • Sebanyak 475 juta e-invois telah dikeluarkan oleh 98,813 pembayar cukai setakat ini, melibatkan fasa pertama hingga ketiga pelaksanaan mandatori bermula 1 Julai 2025, dengan 37,000 lagi menyertai secara sukarela dari fasa keempat dan kelima.
  • Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying menyatakan bahawa pelaksanaan ini menunjukkan tahap penerimaan yang baik dalam kalangan pembayar cukai, namun unjuran peningkatan hasil hanya dapat ditentukan selepas pelaksanaan sepenuhnya pada 1 Julai 2026.
  • Kerajaan akan terus memantau keberkesanan pelaksanaan e-Invois dalam meningkatkan pematuhan cukai dan menambah baik sistem penyampaian hasil negara.

Beliau berkata, sebanyak 37,000 pembayar cukai daripada fasa keempat dan kelima turut menyertai pelaksanaan itu secara sukarela.
"Dengan penglibatan daripada pembayar cukai ini, ia jelas menunjukkan tahap penerimaan yang baik oleh pembayar cukai dalam mematuhi pelaksanaan e-Invois," katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Azli Yusof (PH-Shah Alam) yang ingin tahu mengenai status pelaksanaan e-invois sehingga ia dilaksanakan sepenuhnya dan unjuran peningkatan perolehan yang akan diperoleh kerajaan melalui inisiatif berkenaan.
Namun, Lim berkata pelaksanaan e-Invois pada masa ini masih lagi peringkat awal dan unjuran penambahan hasil hanya dapat ditentukan selepas pelaksanaan mandatori sepenuhnya pada 1 Julai, 2026.
"Pada masa sama, kerajaan akan memantau keberkesanan pelaksanaannya dalam membantu meningkatkan pematuhan cukai," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#e-invois
#pembayar cukai
#Kementerian Kewangan
#Lim Hui Ying
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan