BISNES
475 juta e-invois direkod, libatkan 98,813 pembayar cukai
Lim berkata, sebanyak 37,000 pembayar cukai daripada fasa keempat dan kelima turut menyertai pelaksanaan itu secara sukarela. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sebanyak 475 juta e-invois telah dikeluarkan oleh 98,813 pembayar cukai setakat semalam, membabitkan fasa pertama hingga ketiga pelaksanaan mandatori mulai 1 Julai, 2025, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
Ringkasan AI
Beliau berkata, sebanyak 37,000 pembayar cukai daripada fasa keempat dan kelima turut menyertai pelaksanaan itu secara sukarela.
"Dengan penglibatan daripada pembayar cukai ini, ia jelas menunjukkan tahap penerimaan yang baik oleh pembayar cukai dalam mematuhi pelaksanaan e-Invois," katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Azli Yusof (PH-Shah Alam) yang ingin tahu mengenai status pelaksanaan e-invois sehingga ia dilaksanakan sepenuhnya dan unjuran peningkatan perolehan yang akan diperoleh kerajaan melalui inisiatif berkenaan.
Namun, Lim berkata pelaksanaan e-Invois pada masa ini masih lagi peringkat awal dan unjuran penambahan hasil hanya dapat ditentukan selepas pelaksanaan mandatori sepenuhnya pada 1 Julai, 2026.
"Pada masa sama, kerajaan akan memantau keberkesanan pelaksanaannya dalam membantu meningkatkan pematuhan cukai," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Sebanyak 475 juta e-invois telah dikeluarkan oleh 98,813 pembayar cukai setakat ini, melibatkan fasa pertama hingga ketiga pelaksanaan mandatori bermula 1 Julai 2025, dengan 37,000 lagi menyertai secara sukarela dari fasa keempat dan kelima.
- Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying menyatakan bahawa pelaksanaan ini menunjukkan tahap penerimaan yang baik dalam kalangan pembayar cukai, namun unjuran peningkatan hasil hanya dapat ditentukan selepas pelaksanaan sepenuhnya pada 1 Julai 2026.
- Kerajaan akan terus memantau keberkesanan pelaksanaan e-Invois dalam meningkatkan pematuhan cukai dan menambah baik sistem penyampaian hasil negara.