KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan untuk meneruskan model Rangkaian Borong Tunggal (SWN) bagi penggunaan 5G di negara ini mencerminkan aspirasi nasional untuk Malaysia Digital yang inklusif, kata Telekom Malaysia Bhd (TM).
Dalam satu kenyataan, TM berkata syarikat berharap akan dapat melancarkan produk dan penyelesaian berkeupayaan 5G kepada pelanggan unifi dan TM ONEnya.
"Kami kini sedang menjalankan percubaan rangkaian dan pelanggan di peringkat dalaman untuk membawakan penawaran fiber 5G konvergens yang dipertingkatkan serta perkhidmatan 5G kepada pelanggan unifi dan TM ONE kami. Ini adalah bergantung kepada muktamadnya perjanjian borong kami bersama Digital Nasional Bhd (DNB)," katanya.
Menurut TM, model SWN tersebut menggambarkan tanggungjawab bersama bagi memenuhi objektif kolektif 5G untuk Malaysia dengan syarikat-syarikat telekomunikasi akan memberi tumpuan kepada pelaburan dan membangunkan produk dan penyelesaian 5G yang inovatif untuk pelanggan akhir.
"DNB akan memberi tumpuan kepada pembinaan rangkaian ke arah pelaksanaan liputan dan kapasiti yang lebih pantas dengan cara yang menjimatkan kos dan TM akan terus menyediakan backhaul gentian (fiber) seperti yang telah dipersetujui dalam perjanjian yang ditandantangani dengan DNB pada 16 Dis, 2021.
"Ini merupakan satu lagi contoh usahasama awam-swasta dalam pelaksanaan infrastruktur telekomunikasi kritikal bagi melonjakkan pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan Keluarga Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 17 2022

Menurut TM, model SWN tersebut menggambarkan tanggungjawab bersama bagi memenuhi objektif kolektif 5G untuk Malaysia. - Gambar fail

Itali isytihar darurat di wilayah utara dilanda kemarau
Itali pada Isnin mengisytiharkan darurat di lima wilayah utara yang paling terjejas akibat dilanda kemarau.

Pujian Arab Saudi penghargaan sangat besar buat Malaysia - Idris
Pada musim haji tahun ini, Malaysia diiktiraf sebagai negara pertama yang memperoleh permit pengoperasian hospital di Arab Saudi.

Kadar jangka pendek diunjurkan stabil susulan operasi BNM
Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM53.84 bilion dalam sistem konvensional dan RM33.48 bilion dalam dana Islam.

Meninggal dunia selepas persidangan PVATM
Allahyarham yang berehat di bilik hotel selepas selesai persidangan rebah selepas keluar dari tandas.

Banjir di Baling: Isytihar darurat bencana tahap i atau II - MB
Pengisytiharan itu amat penting bagi mempercepatkan operasi bantuan daripada agensi negeri dan Persekutuan.

ASEAN harus terus jadi gagasan yang dihormati, dipercayai - Ismail Sabri
Perdana Menteri berkata, ASEAN juga memerlukan kombinasi mekanisme-mekanisme berbentuk dua hala, pelbagai hala dan bahkan minilateral

Gaji rendah punca kekurangan pekerja di restoran
Ramai anak muda lepasan SPM, diploma dan ijazah menganggur, tetapi pada masa sama, banyak industri dilaporkan tidak cukup pekerja.

Ketidaktentuan politik dan ekonomi memerlukan dunia amalkan semangat 'Keluarga Dunia' - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, ekonomi dan politik dunia menghadapi pasca pandemik yang kompleks, selain persaingan antara kuasa besar dunia.

Polis tahan suspek tembakan rambang perarakan Hari Kemerdekaan AS
Polis mengesahkan penahanan seorang lelaki berusia 22 tahun, Robert E Crimo III, ketika dia cuba melarikan diri dalam sebuah kereta.

'Mak cik hanya ingat mati masa itu' - Warga emas cerita detik cemas berpaut pokok
Sebaik melihat air naik dengan cepat dan masuk ke dalam rumah, dia dan suami memanjat sebatang pokok rambutan berhampiran rumah mereka.

Enam telco dijangka pegang kepentingan ekuiti dalam Digital Nasional - Annuar
Hari ini (30 Jun) merupakan tarikh akhir untuk telco memuktamadkan kontrak rangkaian 5G dan urusan ekuiti di syarikat tujuan khas tersebut.

Ipoh bandar pertama di Wilayah Utara miliki capaian akses 5G
Pencapaian itu merupakan hasil usaha pasukan berkenaan yang diketuai Datuk Bandar Datuk Rumaizi Baharin.

Inisiatif baharu perkhidmatan jalur lebar diumum dalam masa terdekat - Annuar
Beliau meninjau status pelaksanaan rangkaian 5G negara oleh DNB bagi memastikan semuanya mengikut jadual.

Malaysia di kedudukan teratas 15 pasaran global nisbah purata kelajuan muat turun 5G berbanding 4G
Malaysia berada pada kedudukan teratas dalam kalangan 15 pasaran global yang meningkatkan nisbah purata kelajuan muat turun pengguna menggunakan 5G berbanding 4G dengan kenaikan 25.7 kali ganda.

IATA gesa pengenalan 5G yang selamat untuk penerbangan
Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) menggesa kerajaan untuk bekerjasama rapat dengan industri penerbangan dalam menjamin keselamatan sistem penerbangan.

Kerajaan pertimbang insentif fiskal untuk bantu inisiatif 5G syarikat telekomunikasi
Ketersediaan dan penggunaan 5G menyumbang kepada cita-cita digital negara.

Tarikh akhir rundingan 5G kekal 30 Jun bagi memastikan Malaysia tidak tertinggal - Tengku Zafrul
Ketersediaan dan penggunaan 5G menyumbang kepada hasrat digital negara dan memastikan ketersambungan sebagai hak asasi rakyat Malaysia.

Maxis bentuk perikatan 5G terbesar percepatkan penemuan teknologi
Maxis Bhd membentuk perikatan 5G terbesar di Malaysia untuk mempercepatkan penemuan teknologi dan penyelesaian perusahaan Internet Pelbagai Benda (IoT) seiring dengan agenda digital negara.

Empat telco utama belum pasti sertai 5G - Penganalisis industri
Lebih dua bulan sudah berlalu sejak kerajaan membuat keputusan untuk mengekalkan model rangkaian borong tunggal (SWN).

Yes 5G lebih 'power' berbanding 4G? Ini sebab anda harus jadi yang terawal naik taraf pelan Yes Infinite dan Yes Infinite Plus!
Rangkaian 5G kini tersedia di Malaysia dengan YTL Communications Sdn Bhd melalui perkhidmatan Yes.