8 perkara anda perlu tahu tentang naik taraf pelan Maxis

Nizam Bakeri
April 22, 2016 08:33 MYT
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Morten Lundal, naik taraf automatik ini merupakan yang terbesar pernah dilakukan di Malaysia - Foto Youtube/Maxis
Maxis Berhad pada Jumaat telah mengumumkan pelan terbaharu MaxisONE yang menawarkan lebih data bagi pengguna.
Pelanggan bagi keempat-empat pelan MaxisONE sedia ada akan diberi naik taraf percuma dengan penambahan data sehingga lima kali ganda.
Selain itu, Maxis juga memperkenalkan DataPool, iaitu cara baharu untuk menggunakan data tambahan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Morten Lundal, ini merupakan langkah menaik taraf secara automatik paling besar pernah dilakukan di Malaysia.
Berikut merupakan lapan fakta yang anda perlu tahu tentang naik taraf pelan Maxis:
1. Lebih 1 juta pelanggan Maxis menerima naik taraf kuota data secara automatik. Naik taraf tersebut serta-merta, percuma, dan kekal.
2. Kuota data baharu hasil naik taraf pelan tersebut juga ditawarkan kepada semua pelanggan baharu Maxis.
3. Pelanggan pelan MaxisONE menerima kuota data baharu seperti berikut:
MaxisONE 98
Data sedia ada: 1GB
Kuota data baharu: 5GB
MaxisONE 128
Data sedia ada: 3GB
Kuota data baharu: 10GB
MaxisONE 158
Data sedia ada: 5GB
Kuota data baharu: 15GB
MaxisONE 188
Data sedia ada: 7GB
Kuota data baharu: 20GB
4. Pelanggan pelan MaxisONE turut menerima 5GB percuma bagi aplikasi video atas permintaan (VOD).
5. Pelanggan MaxisONE yang mempunyai talian utama akan mendapat talian MaxisONE dengan 5GB sebulan serta panggilan tanpa had, dengan bayaran RM48 sebulan.
6. Data tersebut boleh digunakan pada mana-mana peranti atau sesiapa sahaja yang dipilih oleh pelanggan.
7. MaxisONE membolehkan semua data dari semua talian dikumpul dalam DataPool untuk digunakan dengan lebih efektif.
8. Sebagai sebahagian ciri MaxisONE World, seluruh ahli keluarga boleh menggunakan semua DataPool MaxisONE apabile merantau di luar negara.
#data Maxis #Maxis #MaxisONE #naik taraf Maxis