awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA santuni asnaf, rai usahawan sempena Konvoi Gemilang 60 Tahun di Perlis
Langkah tingkat perbelanjaan pelancong fokus utama VM2026 - Tiong
Mak nyah pertama didakwa di Kelantan kerana tukar jantina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ADB terbit Bon Panda terbesar

Bernama
Bernama
31/03/2025
22:15 MYT
ADB terbit Bon Panda terbesar
Bon Panda ini sebahagian daripada usaha berterusan ADB untuk mempelbagaikan sumber pembiayaannya serta memanfaatkan pasaran modal mata wang tempatan yang semakin berkembang di Asia dan Pasifik.
MANILA: Bank Pembangunan Asia (ADB) mengumumkan pada Isnin kejayaan penerbitan bon bernilai 8.3 bilion yuan China (kira-kira AS$1.15 bilion), sekali gus memperoleh modal besar bagi menyokong projek pembangunannya untuk peminjam berdaulat dan sektor swasta, lapor Xinhua.
Bon tiga tahun itu yang merupakan penerbitan Bon Panda terbesar ADB setakat ini dan dikeluarkan pada 17 Mac 2025, membawa kadar kupon sebanyak 1.81 peratus.
Bon Panda ini sebahagian daripada usaha berterusan ADB untuk mempelbagaikan sumber pembiayaannya serta memanfaatkan pasaran modal mata wang tempatan yang semakin berkembang di Asia dan Pasifik.
Dana yang diperoleh akan digunakan untuk membiayai pelbagai projek bertujuan mempromosikan pembangunan inklusif dan mampan dalam kalangan anggota ADB.
Bendahari ADB, Tobias Hoschka berkata, penerbitan Bon Panda terbaharu ini mencerminkan permintaan kukuh terhadap peluang pelaburan berkualiti tinggi dan mampan dalam pasaran bon China.
"Hasil daripada penerbitan ini akan menjadi pemangkin penting dalam misi kami untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan mengurangkan kemiskinan di rantau ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ADB
#Bank Pembangunan Asia
#Bon Panda
#pasaran bon China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan