AEON Credit untung RM300 juta

Najib Aroff
Jun 21, 2018 09:05 MYT
Pada tahun kewangan sama AEON Credit merekodkan pendapatan RM1.24 bilion - Foto Facebook AEON Credit
AEON Credit Service (M) Berhad (AEON Credit) merekodkan keuntungan bersih RM300.06 juta bagi tahun kewangan berakhir 28 Februari 2018.
Menurut syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini, keputusan itu merupakan peningkatan 13.2 peratus berbanding tempoh sama tahun kewangan sebelumnya.
"AEON Credit menyaksikan tahun menguntungkan bagi tahun kewangan 2018 dipacu terutama produk dan perkhidmatan, serta strategi promosi dan aktiviti pemasaran,” kata Pengarah Urusannya Kenju Fujita.
Tambahnya, pihak pengurusan sentiasa menitik beratkan kualiti aset dalam usaha mengurangkan kos kredit bersih.
Sehubungan pencapaian terbaik itu, AEON Credit mengumumkan dividen 41.13 sen sesaham di bawah tahun kewangan semasa, melibatkan 34.1 peratus dari utnung bersih syarikat.
Pada tahun kewangan sama AEON Credit merekodkan pendapatan RM1.24 bilion, peningkatan 12.1 peratus berbanding RM1.10 bilion tempoh sama tahun sebelumnya.
#AEON Credit #AEON untung #hutang #Keuntungan AEON #pinjaman #Prestasi Kewangan AEON