PUTRAJAYA: ASEAN Framework Agreement on the Facilitation of Goods in Transit (AFAFGIT) yang memudah cara pergerakan kenderaan barangan transit merentas sempadan di kalangan negara anggota ASEAN akan mula dilaksanakan di Semenanjung Malaysia pada 1 Jan depan.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pelaksanaan AFAFGIT di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan pula akan bermula setelah penyertaan Brunei, Indonesia dan Filipina dalam Sistem Transit Kastam ASEAN (ACTS).
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Pasukan Petugas Logistik Kebangsaan (NLTF), di sini, semalam.
ACTS merupakan sistem perisian elektronik yang dibangunkan bagi pengoperasian AFAFGIT yang mengguna pakai satu kenderaan, satu jaminan dan satu pengikraran transit.
Ia untuk memudah cara pergerakan barangan dalam transit merentasi sempadan negara-negara ASEAN bermula daripada negara asal, negara transit dan negara destinasi tanpa membuat pengikraran semula atau menukar kenderaan di negara yang dilalui.
Pada 16 Dis 1998, negara anggota ASEAN menandatangani AFAFGIT untuk tujuan fasilitasi pengangkutan dan perdagangan dalam usaha menyokong pelaksanaan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA).
Loke berkata kerajaan semalam telah mewartakan dua perundangan subsidiari iaitu Peraturan-Peraturan Pengangkutan Awam Darat (Peredaran Antarabangsa)(Kenderaan Barangan Rentas Sempadan ASEAN) 2023 dan Kaedah-Kaedah Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Peredaran Antarabangsa) (Kenderaan Barangan Rentas Sempadan ASEAN) 2023 bagi tujuan pelaksanaan AFAFGIT.
Selaras dengan ketetapan AFAFGIT, agensi kompeten domestik setiap negara anggota ASEAN layak mengeluarkan 500 permit Kenderaan Barangan Rentas Sempadan ASEAN ( AGVCB) berdasarkan terma dan syarat yang ditetapkan dan bilangan permit itu boleh dipertingkat dengan persetujuan semua negara anggota ASEAN, katanya.
Loke berkata Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dilantik sebagai agensi yang akan mengeluarkan permit AGVCB di Malaysia, manakala Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan mengoperasikan dan bertanggungjawab ke atas sistem ACTS.
"Syarikat pengusaha kenderaan barangan tempatan yang memenuhi syarat boleh mengemukakan permohonan secara dalam talian kepada APAD dari 1 Januari 2024," katanya.
Loke berkata pelaksanaan AFAFGIT akan mengubah landskap sektor logistik negara secara drastik di mana aliran pergerakan kargo dan kenderaan perdagangan di kalangan negara ASEAN akan dilaksanakan secara tanpa halangan dengan penyelarasan proses pelepasan barangan dan kenderaan di sempadan, sekali gus merancakkan jumlah perdagangan negara khususnya dengan negara anggota ASEAN.
Dalam perkembangan lain, Loke berkata prosedur operasi standard (SOP) untuk penahanan, pemeriksaan dan pelepasan kontena akan diperluaskan kepada pelabuhan-pelabuhan Persekutuan yang lain bagi meningkatkan produktiviti pelabuhan dan daya saing negara bermula 1 Jan depan.
Kementerian Pengangkutan pada 1 Mei 2022 telah membangun dan menguatkuasakan SOP untuk penahanan, pemeriksaan dan pelepasan kontena bagi mengatasi kelewatan pelepasan kargo di pelabuhan-pelabuhan Persekutuan di mana projek rintis bagi pelaksanaan SOP berkenaan telah dilaksanakan di Pelabuhan Klang.
Loke berkata penahanan kontena oleh Agensi Kerajaan Lain (OGA) atau Agensei Pengeluar Permit (PIA) telah memberikan implikasi kepada daya saing negara dan produktiviti pelabuhan, selain menyebabkan komuniti pedagang mengalami kerugian dalam jumlah yang besar.
Berdasarkan SOP yang dibangunkan, OGA atau PIA perlu melepaskan kontena dalam masa tiga hari kecuali kontena terbabit disita atau memerlukan pemeriksaan lanjut berdasarkan keperluan undang-undang, katanya.
"Sebelum penguatkuasaan SOP, hanya 70 peratus hingga 75 peratus kontena sahaja dilepaskan selepas pemeriksaan dalam tempoh tiga hari bekerja. Walau bagaimanapun, sejak penguatkuasaan SOP, OGA atau PIA melepaskan kontena yang ditahan dalam masa tiga hari dengan pelepasan kontena mencecah tahap 92 peratus untuk tempoh 1 Mei 2022 sehingga 31 Ogos 2023 di Pelabuhan Klang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 22 2023
Loke ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Pasukan Petugas Logistik Kebangsaan Bilangan 2/2023 di Putrajaya, 21 Nov 2023. Turut kelihatan, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Jana Santhiran. - Foto BERNAMA
Dana Ihsan MADANI: Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5 juta
Empat syarikat korporat, Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat secara kolektif memberi sumbangan RM5 juta kepada dana Ihsan Madani bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan banjir.
AWANI Ringkas: Titah Adendum | Letak Jawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Flysiswa | 1MDB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pindaan Ordinan Buruh Sarawak lindungi hak 1.46 juta pekerja - Sim
Rang Undang-Undang Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2024 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat hari ini bakal memastikan hak 1.46 juta pekerja di negeri itu dilindungi.
10 Berita Pilihan - (12 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ringgit terus alami penurunan selepas data IHP AS dikeluarkan
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis.
AWANI Tonight 12 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. PM launches National AI Office
2. Australia to charge tech companies for news content
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PM launches National AI Office
2. Australia to charge tech companies for news content
#AWANIEnglish #AWANINews
Consider This: Climate Policy — What's Next for Malaysia in 2025
Following the conclusion of COP29 in Baku, the global climate conversation shifts once again to action—or the lack of it. What lessons can we draw from those global negotiations? And might they shape Malaysia’s ASEAN chairmanship in 2025? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Nik Nazmi Nik Ahmad, Minister of Natural Resources and Environmental Sustainability. His new book is titled ‘Saving the Planet: Climate and Environmental Lessons from Malaysia and Beyond’.
AWANI 7:45 [12/12/2024] - Perbahasan Ahli Parlimen | Kontroversi Pulau Batu Puteh | Masa depan negara | Hujan berterusan tahap waspada
Kontroversi Pulau Batu Puteh, Dewan Rakyat bahas laporan Suruhanjaya Di Raja.
Tiga bekas menteri dakwa Tun Mahathir buat keputusan tanpa rujuk Kabinet.
Malaysia negara awal dunia tumpuan tinggi pendapatan digital.
Hujan berterusan lima negeri sehingga Jumaat.
Tiga bekas menteri dakwa Tun Mahathir buat keputusan tanpa rujuk Kabinet.
Malaysia negara awal dunia tumpuan tinggi pendapatan digital.
Hujan berterusan lima negeri sehingga Jumaat.
Bursa Malaysia ditutup rendah, indeks komposit kekal atas paras 1,600
Bursa Malaysia bergelut untuk mengekalkan momentum positifnya sepanjang hari dan ditutup rendah sedikit hari ini berikutan jualan lewat dagangan.
AFAFGIT mula 1 Jan depan
Pelaksanaan AFAFGIT di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan akan bermula setelah penyertaan Brunei, Indonesia dan Filipina dalam ACTS.