Bank Negara Malaysia (BNM) adalah antara bank pusat pertama yang mempelbagaikan rizab asingnya ke dalam instrumen dari rantau ASEAN, kata Gabenor Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz hari ini.
Namun begitu usaha penting berkenaan telah tidak diambil kira oleh agensi penarafan, katanya.
"Bank Negara adalah antara bank pusat pertama yang mempelbagaikan rizabnya ke dalam instrumen dari rantau ini kerana kita merasakan kita tahu rantau ini walaupun agensi penarafan tidak memberikan penarafan yang kita rasakan kita berhak," kata beliau pada Forum Global Wharton 2016 di sini.
Beliau berkata BNM, menerusi pemantauan dan pengawasan, berpendapat ia juga perlu mempelbagaikan rizabnya dalam ASEAN.
"Dan ini bukan sahaja mengurangkan kedudukan mudah terdedah kita kepada perkembangan luaran tetapi akan menyumbang ke arah mencapai keadaan yang lebih stabil dalam pasaran kewangan serantau," katanya.
Masa depan ASEAN perlu dibina di atas tindakan bersama untuk kemajuan di rantau ini, manakala kerjasama serantau dalam pengawasan, jaringan keselamatan kewangan dan pengurusan krisis adalah penting, katanya.
"Kita tidak mahu menunggu krisis lain yang kita semua alami pada 1997-1998 yang telah kita berjaya menguruskannya secara sendiri," katanya.
Zeti, terkenal dengan dasar futuristik, berkata terdapat banyak lagi yang perlu dilakukan untuk integrasi kewangan lebih luas di rantau ini.
"Integrasi kewangan di rantau ini tidak mencapai kemajuan yang ketara. Ekonomi ASEAN bagaimanapun telah mencapai peringkat pembangunan di mana lebih banyak integrasi kewangan serantau boleh dimanfaatkan pertumbuhannya," kata beliau.
Mengenai masa hadapan, usaha untuk integrasi kewangan serantau adalah sesuatu yang sedang dilaksanakan oleh bank-bank pusat ASEAN.
"Ia bagi membawa lebih banyak dana perantara yang lebih berkesan, membawa lebihan daripada satu negara dan menyalurkannya kepada pelaburan yang produktif di negara lain.
"Rantau ASEAN, antara yang mempunyai kadar simpanan tertinggi di dunia, berpotensi besar untuk memenuhi beberapa keperluan pembiayaan, seperti projek-projek pelaburan besar atau pembangunan infrastruktur.
Integrasi kewangan akan memudahkan penyaluran dana daripada negara yang mempunyai lebihan kepada pelaburan yang produktif di rantau ini.
Ia juga akan membolehkan kepelbagaian risiko aset yang lebih cekap untuk melibatkan aset asing di rantau ini, seperti langkah Bank Negara untuk mempelbagaikan rizabnya, kata Zeti.
Bernama
Fri Mar 11 2016
BNM, menerusi pemantauan dan pengawasan, berpendapat ia juga perlu mempelbagaikan rizabnya dalam ASEAN. - Gambar fail
TNB perkenal sistem FARA bagi mengurus risiko banjir
TNB perkenal sistem FARA untuk urus risiko banjir, pastikan keselamatan aset dan pengguna.
Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Agensi penarafan tidak beri penarafan sewajarnya - Zeti
Bank Negara Malaysia (BNM) adalah antara bank pusat pertama yang mempelbagaikan rizab asingnya ke dalam instrumen dari rantau ASEAN, kata Gabenor Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz hari ini.