KUALA LUMPUR: Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang menggunakan kemudahan pelaburan dalam talian layan diri i-Invest kini boleh melanggan sehingga lapan dana unit amanah dengan had maksimum daripada lima institusi pengurusan dana (FMI) untuk satu urus niaga pembelian.
Sebelum ini ahli KWSP hanya boleh melanggan dana unit amanah daripada satu FMI sahaja untuk satu urus niaga sahaja, kata KWSP.
"Ciri-ciri yang dipertingkatkan untuk i-Invest ini membolehkan ahli mengakses lebih baik dengan cekap apabila melabur melalui kemudahan itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, urus niaga itu hanya dapat dilakukan melalui Penasihat Skim Unit Amanah Institusi (IUTA) dilantik yang menawarkan dana daripada pelbagai FMI.
Ia berkata ahli KWSP masih boleh melanggan dana daripada FMI individu sekiranya mereka memilih untuk berbuat demikian.
Selain itu, pengguna i-Invest kini dikehendaki melakukan penilaian kesesuaian pelaburan sebelum menjalankan sebarang urus niaga dan penilaian itu akan memaparkan toleransi risiko ahli, membolehkan mereka membuat pilihan pelaburan yang sesuai dengan selera risiko pelaburan mereka.
Dana persaraan itu berkata kemudahan i-Invest KWSP, yang dilancarkan pada bulan Ogos 2019 adalah platform dikuasai digital yang memberikan fleksibiliti, fungsi dan kemudahan lebih banyak kepada bagi ahli KWSP untuk melabur, berurus niaga dan memantau pelaburan unit amanah mereka bila-bila masa dan di mana sahaja.
"Menerusi kemudahan itu, ahli KWSP boleh membandingkan dana unit amanah berbeza yang ditawarkan oleh FMI, mendapatkan pandangan mengenai pegangan pelaburan mereka dan maklumat mengenai kos pelaburan, prestasi dana sejarah serta maklumat kewangan yang diperlukan," katanya.
Sebagai kemudahan layan diri yang memberi kuasa kepada ahli KWSP mengurus masa depan kewangan mereka, KWSP akan memastikan garis panduan tadbir urus dalam i-Invest dipatuhi dengan ketat oleh badan-badan yang mengambil bahagian, kata KWSP.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 25 2021
Sebelum ini ahli KWSP hanya boleh melanggan dana unit amanah daripada satu FMI sahaja untuk satu urus niaga sahaja. - Gambar fail/Astro AWANI
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
KWSP tidak lagi jadi pemegang saham utama Affin Bank, buka laluan kepada Sarawak
Pelupusan saham Affin Bank oleh KWSP berlaku pada 12 April, namun tidak dinyatakan nilai urus niaga itu.
Lebih 200,000 pencarum KWSP cukup simpanan asas menjelang usia 55 tahun
Dewan Negara hari ini diberitahu terdapat 227,000 pencarum KWSP mempunyai simpanan asas sekurang-kurangnya RM240,000 dalam Akaun 1 menjelang usia 55 tahun, setakat Februari lepas.
AmanahRaya perjelas isu wang caruman ahli KWSP
Kandungan mesej berkaitan penamaan bagi caruman ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang kini tular melalui aplikasi WhatsApp adalah tidak benar.
KWSP peruntuk RM250 juta, pacu pertumbuhan syarikat pertengahan
Usahasama ini sebahagian komitmen KWSP meningkatkan pelaburan dalam pasaran domestik, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai pelabur terbesar dalam pasaran domestik.
Hapus skim pencen, Cuepacs tidak tolak secara total
Cuepacs tidak menolak secara total cadangan kerajaan untuk memansuhkan skim pencen, yang kononnya membebankan kerajaan.
Caruman PERKESO, KWSP antara cadangan pindaan peraturan Finas
Finas sedang melaksanakan pindaan kepada Peraturan-Peraturan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Pelesenan) 1983 dalam usaha menjaga kebajikan penggiat industri veteran.
Isu pencen: 'Ucapan Abdul Hadi tidak tepat, kelirukan orang ramai' - Nik Nazmi
Ucapan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang berkaitan isu pencen penjawat awam mengelirukan orang ramai, kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad.