Ahmad Nizam dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Petronas

Astro Awani
Ogos 1, 2018 12:01 MYT
Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat dan menyandang pelbagai jawatan sepanjang kerjayanya di dalam Petronas.
Pejabat Perdana Menteri hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Ahmad Nizam Salleh sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Petronas.
Ahmad Nizam mempunyai pengalaman selama 37 tahun dalam industri minyak dan gas itu.
Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat dan menyandang pelbagai jawatan sepanjang kerjayanya di dalam Petronas.
Menurut kenyataan media Pejabat Perdana Menteri, pelantikan itu berkuat kuasa serta-merta.
Sementara itu, Tan Sri Zulkiflee Wan Ariffin kekal sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan.
#Datuk Ahmad Nizam bin Salled #minyak #Pengerusi Lembaga #Petronas #Tan Sri Zulkiflee Wan Ariffin