BISNES
AHTV di Tanjung Malim bakal jadi hab automotif serantau, pusat kecemerlangan latihan - PM
Anwar Ibrahim berkata, AHTV akan menjadi pusat tumpuan industri automotif berteknologi tinggi, termasuk rangkaian bekalan serta syarikat-syarikat berkaitan lain. - Foto BERNAMA
TANJUNG MALIM : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempelawa syarikat gergasi automotif China, Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) untuk meningkatkan pelaburan dalam usaha membangunkan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di sini.
Anwar berkata AHTV akan menjadi pusat penting untuk rantaian bekalan automotif serantau hasil daripada pelaburan besar syarikat automotif negara, Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton).
“Pelaburan Proton di sini sudah besar, tetapi kita mahu AHTV berkembang sebagai pusat penting bagi Geely juga.
"Justeru, kerjasama kerajaan negeri dan kementerian berkaitan amat penting untuk menjayakan pelaburan seterusnya,” katanya ketika berucap pada maklis Peluncuran Kilang EV Proton di sini, pada Khamis.
Perdana Menteri turut memaklumkan beliau ada menekankan kepada Pengerusi Geely, Eric Li Shufu, agar memanfaatkan peluang itu bukan sahaja untuk membangunkan kilang pengeluaran, malah menjadikan AHTV sebagai pusat kecemerlangan latihan dan pendidikan.
“Saya beritahu kepada Pengerusi Geely supaya gunakan AHTV untuk menghasilkan bukan sahaja kereta Geely, tetapi juga membangunkan centre of excellence untuk latihan dan pendidikan.
"Malah, ada cadangan awal untuk menubuhkan pusat pendidikan atau universiti di sini. Dengan kerjasama kerajaan negeri dan kementerian di Persekutuan, perkara ini boleh direalisasikan," katanya lagi.