BISNES
AIIB jalin kerjasama dengan empat bank Malaysia, sasar pembiayaan AS$6 bilion
Kim See Lim (tiga dari Kanan) berkata AIIB telah meluluskan lebih $64 bilion untuk lebih 300 projek di 38 negara.
KUALA LUMPUR: Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) menandatangani perjanjian kerjasama dengan empat institusi kewangan utama Malaysia.
Ringkasan AI
Perjanjian itu bertujuan memobilisasi sehingga AS$6 bilion (RM28.7 bilion) bagi membiayai projek infrastruktur mampan dan berteraskan teknologi di rantau ASEAN.
Kerjasama berkuat kuasa sehingga Oktober 2031 ini melibatkan Maybank, CIMB, AmBank, dan Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB) dalam menerajui pembangunan infrastruktur hijau, digital, dan berdaya tahan di seluruh rantau ini.
Ia selaras dengan strategi korporat AIIB yang menumpukan kepada empat teras utama: infrastruktur hijau, keterhubungan serantau, infrastruktur berteknologi, serta penggemblengan modal swasta.
Ketua Pegawai Pelaburan Sektor Awam (Wilayah 1) & Institusi Kewangan dan Dana Global AIIB, Kim-See Lim, berkata AIIB berbesar hati dapat bekerjasama dengan institusi kewangan utama Malaysia.
“Kerjasama yang kita bincangkan hari ini sangat penting kerana melalui perjanjian ini, kita dapat menggabungkan kepakaran yang dibawa oleh setiap institusi kewangan.
“Bank-bank yang terlibat masing-masing membawa kelebihan tersendiri, sama ada dari segi kehadiran di pasaran, kepakaran dalam kelas aset tertentu di Malaysia dan kawasan lain,” katanya semasa sidang media, di sini, hari ini.
Tambah See Lim, AIIB pula membawa kepakaran dalam standard alam sekitar, sosial dan tadbir urus dalam projek serta kemampuan untuk menarik modal tambahan yang diperlukan untuk projek keterhubungan serantau seperti Kuasa Grid Asia (APG).
Untuk rekod, AIIB telah meluluskan lebih $64 bilion untuk lebih 300 projek di 38 negara.
"Sehingga kini, kami belum mempunyai projek di Malaysia dan sebab itulah kami hadir hari ini," katanya lagi.
Empat bank utama dalam kenyataan bersama menekankan bahawa kerjasama ini akan mempercepatkan pelaburan berkualiti di ASEAN, memacu pendigitalan, memperkukuh daya tahan tenaga, memupuk inovasi serta mempercepat peralihan tenaga bersih.
Mereka menegaskan bahawa kedua-dua pihak akan meneroka penyelesaian pembiayaan inovatif termasuk pembiayaan peralihan, pembiayaan campuran dan struktur sukuk bagi menyokong projek infrastruktur kritikal.
Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Mareena Mahpudz yang menyifatkan kerjasama ini sebagai langkah penting untuk memperkukuh agenda infrastruktur hijau ASEAN.
Majlis menandatangani perjanjian dihadiri wakil syarikat tenaga dan infrastruktur terkemuka serta Pusat Tenaga ASEAN (ACE) yang berkongsi perkembangan terkini APG dan hasil Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN ke-43.
Ringkasan AI
- AIIB tandatangani perjanjian dengan empat bank utama Malaysia untuk mobilisasi sehingga AS$6 bilion bagi projek infrastruktur mampan dan berteknologi di ASEAN.
- Kerjasama sehingga 2031 ini selaras dengan strategi AIIB yang fokus kepada infrastruktur hijau, keterhubungan serantau, teknologi dan penggemblengan modal swasta.
- Bank-bank dan AIIB akan teroka pembiayaan inovatif termasuk sukuk, dengan sasaran mempercepat pelaburan berkualiti dan peralihan tenaga bersih di rantau ini.