BISNES
Air Canada batal penerbangan menjelang kemungkinan mogok anak kapal
Aktivis kesatuan sekerja memegang plakad mengganggu sidang akhbar yang diadakan pihak eksekutif Air Canada, menjelang kemungkinan mogok oleh anak kapal, di sebuah hotel di Toronto, Ontario, Kanada, 14 Ogos 2025. REUTERS
ISTANBUL: Air Canada mula membatalkan penerbangan pada Khamis menjelang kemungkinan mogok anak kapal kabin, demi memastikan penutupan operasi yang teratur, umum syarikat penerbangan itu.
Menurut Anadolu Ajansi (AA), pembatalan pertama akan bermula pada Khamis, dengan jumlah penerbangan dibatalkan meningkat mulai Jumaat, sehingga membawa kepada penggantungan penuh perkhidmatan Air Canada dan Air Canada Rouge menjelang hujung minggu.
Kesatuan yang mewakili kira-kira 10,000 anak kapal kabin mengeluarkan notis mogok 72 jam pada Rabu, dengan tindakan itu dijadual bermula Sabtu kecuali jika persetujuan dicapai atau kerajaan campur tangan.
Sebagai tindak balas, syarikat penerbangan itu mengeluarkan notis larangan bekerja (lockout).
Air Canada berkata penumpang yang terjejas akibat pembatalan akan dimaklumkan dan ditawarkan bayaran balik penuh.
Syarikat penerbangan itu juga bekerjasama dengan syarikat penerbangan Kanada dan antarabangsa lain bagi menyediakan pilihan perjalanan alternatif jika boleh.
"Kami kesal atas kesan gangguan ini terhadap pelanggan, pihak berkepentingan dan komuniti yang mendapatkan khidmat kami," kata Ketua Pegawai Eksekutif Air Canada, Michael Rousseau.
Rundingan antara syarikat penerbangan dan kesatuan menemui jalan buntu pada Selasa, dengan perbezaan ketara masih wujud dalam terma kontrak.
Kesatuan berkenaan memetik "gaji rendah" untuk anak kapal kabin dan ketiadaan bayaran bagi masa bekerja ketika pesawat berada di darat sebagai isu utama.
Air Canada berkata pihaknya telah menawarkan peningkatan 38 peratus dalam jumlah pampasan sepanjang tempoh empat tahun, bersama manfaat tambahan.
"Walaupun dengan usaha terbaik kami, Air Canada enggan menangani isu teras kami," kata kesatuan itu di media sosial.
-- BERNAMA