[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu Dijatuhkan Hukuman Penjara – Ikuti Perkembangan di Sini!
BISNES

Air India mohon suntikan dana AS$1.14 bilion daripada SIA dan Tata – Laporan

Agensi 31/10/2025 | 02:40 MYT
Air India, dilaporkan sedang berusaha mendapatkan suntikan dana sekurang-kurangnya AS$1.14 bilion daripada pemiliknya, Singapore Airlines (SIA) dan Tata Sons. - Gambar fail Reuters
SYARIKAT penerbangan milik Tata Group, Air India, dilaporkan sedang berusaha mendapatkan suntikan dana sekurang-kurangnya AS$1.14 bilion daripada pemiliknya, Singapore Airlines (SIA) dan Tata Sons.

Menurut laporan Bloomberg yang memetik sumber terdekat, permintaan itu dibuat susulan nahas udara tragik pada Jun lalu yang meragut lebih 240 nyawa, sekali gus mencetuskan krisis terbesar dalam sejarah syarikat penerbangan itu.

Dana tersebut dijangka digunakan untuk mempertingkat sistem dan perkhidmatan Air India, termasuk membangunkan jabatan kejuruteraan dan penyelenggaraan dalaman.

Laporan itu turut menyebut, sebarang bentuk sokongan kewangan akan diagihkan mengikut pegangan saham masing-masing.

Bagaimanapun, keputusan sama ada dana itu akan disalurkan dalam bentuk pinjaman tanpa faedah atau menerusi suntikan ekuiti masih belum dimuktamadkan.

Tata Group memiliki 74.9 peratus kepentingan dalam Air India, manakala baki 25.1 peratus dimiliki oleh Singapore Airlines.

Setakat ini, Air India, SIA dan Tata Sons belum memberikan sebarang maklum balas terhadap permintaan komen oleh Reuters.

Awal minggu ini, Ketua Pegawai Eksekutif Air India berikrar untuk memperbaiki amalan dalaman syarikat dalam usaha memulihkan reputasi dan keyakinan pelanggan. - Agensi


#Air India #Suntikan Dana #Air India terhempas #Tata Group #SIA