KUALA LUMPUR: AirAsia Group Bhd (AAGB) sedang merangka pelan untuk menyelaraskan situasi kewangannya bagi menangani status Nota Amalan 17 (PN17) dan pengumuman yang berkaitan akan dibuat dalam masa terdekat.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tan Sri Tony Fernandes berkata portfolio syarikat AirAsia yang kukuh dan pelbagai akan membolehkannya menjejaki penyelarasan kedudukan kewangannya dengan cepat dan telah mengesahkan daya maju perniagaannya yang kukuh pada masa depan.
"Apa yang penting, kami bukan hanya syarikat penerbangan lagi (iaitu) bergantung sepenuhnya kepada tambang penerbangan.
"Kami adalah syarikat pelaburan dengan portfolio perniagaan perjalanan dan gaya hidup sinergi, semuanya dijangka menjadi peneraju industri dalam bidang masing-masing di ASEAN," katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, Bursa Malaysia telah menolak rayuan AAGB yang ingin melanjutkan tempoh pelepasan selama 18 bulan daripada diklasifikasikan sebagai syarikat PN17 yang berakhir pada 7 Jan 2022.
Fernandes berkata AAGB telah melaksanakan pelbagai langkah pengumpulan dana untuk meningkatkan kedudukan mudah tunainya, selain meletakkan asas yang kukuh bukan sahaja untuk bertahan tetapi pulih daripada impak pandemik dengan lebih kukuh daripada sebelum ini dalam masa terdekat.
Beliau berkata kumpulan telah meraih lebih RM2.5 bilion setakat ini, termasuk penempatan persendirian sebanyak RM336.48 juta pada suku pertama 2021.
Ia turut meraih RM974.51 juta lagi melalui terbitan hak boleh ditolak daripada sekuriti hutang Islam tidak bercagar boleh tukar boleh tebus (RCUIDS) untuk tempoh tujuh tahun dan merancang untuk meraih modal tambahan sehingga RM400 juta pada tahun ini.
Ini akan memastikan mudah tunai yang mencukupi untuk menangani impak pandemik pada 2022, katanya.
Mengenai syarikat penerbangan, Fernandes berkata AAGB telah mengurangkan kos dengan ketara dan terus beroperasi di satu daripada pangkalan kos terendah di dunia.
"Pemulihan sedang berjalan dengan baik untuk industri penerbangan. Kami terus meningkatkan operasi domestik dalam pasaran teras kami di Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina kepada tahap hampir sebelum COVID di beberapa laluan utama," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 14 2022

Tan Sri Tony Fernandes berkata portfolio syarikat AirAsia yang kukuh dan pelbagai akan membolehkannya menjejaki penyelarasan kedudukan kewangannya dengan cepat dan telah mengesahkan daya maju perniagaannya yang kukuh pada masa depan. - Gambar fail

COVID-19 | Perancis lanjutkan ujian COVID bagi pelancong dari China
Perancis memutuskan untuk melanjutkan ujian COVID-19 terhadap pelancong yang tiba dari China sehingga 15 Februari kerana terdapat beberapa situasi dan perkembangan baharu.

Kerakusan Zahid bakal ranapkan UMNO - Penganalisis politik
Kerakusan Ahmad Zahid akan meranapkan UMNO dan bakal dicatat dalam sejarah sebagai Presiden yang menghancurkan UMNO, kata Kartini Aboo.

AWANI Ringkas: Penyelesaian banjir di Johor

AWANI Ringkas: Serangan bersenjata di Tehran

Vaksin COVID-19 | Jumlah penerima dos penggalak kedua bertambah, kini 2.4%
Kemas kini terbaharu di portal KKM NOW menunjukkan, dengan pemberian harian sebanyak 1,779 dos, bilangan penerima dos penggalak kedua kini meningkat kepada 2.4 peratus.

COVID-19 | 258 kes baharu, dua kematian dilaporkan
Untuk 21 hari berturut-turut, jangkitan baharu COVID-19 dalam negara kekal berada di bawah 500 kes.

Pembersihan UMNO: Hasni terasa seolah dibuli selepas berikan terbaik
Perkara tersebut diputuskan selepas hanya kerana beliau menyokong cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan dalam pemilihan nanti.

Pembersihan UMNO: Pecat, gantung pemimpin atas syor Lembaga Disiplin - Isham
Isham menjelaskan, beliau tidak dapat mengulas lanjut tentang perincian pelanggaran disiplin yang dibuat pemimpin berkenaan kerana beliau bukan berada dalam Lembaga Disiplin.

THT pertaruh tiga import hadapi MHL
Mereka adalah Choi Hoil, Yoo Seung Ho dan Jang Jonghyun, bintang hoki Korea Selatan yang berpengalaman beraksi di pentas Olimpik.

Suspek pukul rakan direman tujuh hari
Tempoh reman berkenaan bermula pada Sabtu bagi melengkapkan siasatan berhubung kematian mangsa yang berusia 76 tahun.

AirAsia X mencatat sejumlah 417,195 penumpang yang diterbangkan pada tahun kewangan 2022
AirAsia X Bhd melaporkan membawa 417,195 penumpang dengan jumlah kapasiti 536,491 tempat duduk dalam tahun kewangan penuh 18 bulan berakhir 31 Dis, 2022 (FY2022).

Penerbangan Capital A bawa 24.2 juta penumpang, melonjak 404 peratus
Jumlah penumpang syarikat penerbangan disatukan di bawah Capital A Bhd mencecah rekod 24.2 juta bagi tahun kewangan 2022 (TK2022).

AirAsia X kembali ke Osaka
Penerbangan sulungnya berlepas dari Kuala Lumpur pada 11.45 malam semalam dan tiba di Osaka pada 7.15 pagi hari ini.

Thai AirAsia antara syarikat penerbangan tepat masa di dunia - Laporan OAG
Thai AirAsia adalah antara syarikat penerbangan paling tepat masa di dunia dengan penarafan prestasi tepat masa (OTP) sebanyak 92.33 peratus pada 2022, menurut statistik oleh OAG.

airasia ride rancang masuki pasaran Singapura menjelang Jun 2023
Capital A Bhd merancang melancarkan perkhidmatan e-hailingnya, airasia ride, di Singapura pada Jun tahun ini.

Piala AFF: AirAsia rai demam bola sepak, tawar tambang istimewa KL-Bangkok
AirAsia menawarkan tambang tetap istimewa antara Kuala Lumpur dan Bangkok bagi menyokong kempen perlawanan separuh akhir Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2022 antara Malaysia dan Thailand.

Anthony buat pemeriksaan mengejut di klia2
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook melakukan pemeriksaan mengejut di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur klia2 sebelum majlis pelancaran 'Fixed Fare Midnight Flight' anjuran AirAsia.

52 penerbangan tambahan AirAsia, RM199, RM249 dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak
Sempena Hari Raya Cina, AirAsia tawar harga RM199 sehala bagi penerbangan dari KL atau Johor Bahru ke Kuching, Sibu, Bintulu serta Miri.

Industri penerbangan Malaysia terus pulih tatkala 2022 hampir melabuh tirai
Industri juga mengalu-alukan kedatangan dua syarikat penerbangan baharu dalam tempoh dua bulan ini

Pencerobohan data: Lima pegawai JPDP dan CSM periksa premis AirAsia - Fahmi
Proses siasatan masih lagi dijalankan manakala beberapa dokumen dan maklumat turut diambil bagi membantu siasatan.